Bagaimana untuk membangkitkan rasa percaya pada diri sendiri
Ini caranya ....
1. Gali kekuatan diri anda,kemahiran anda yang anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik.Tonjolkan, biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan anda, lantas membangkitkan rasa yakin pada diri anda.
2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah anda capai, sebab ia membantu anda merasa yakin.Anda pernah mencapai kejayaan kecil dimasa lalu atau disatu ketika dulu, jadi berkemungkinan anda boleh berjaya lagi dimasa kini dan dimasa hadapan.Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan itu membuat anda merasa yakin.
3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain. Jauhi sikap mencemuh kelebihan orang lain atau berburuk sangka.Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, anda akan bersemangat untuk memperbaiki bakat anda sendiri.
4. Banyakkan bersukan,banyakkan menggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental.Bersukan melancarkan edaran darah.Aktiviti mental membuat minda anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea.Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ini menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat anda berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak.Anda tahu apa yang perlu dilakukan.
Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang lain.Hati-hati dengan dua 'penyakit' dalaman ini kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.

- contoh aktiviti mental - membaca, bermain teka silang kata,melakar cerita dan sebagainya.
Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang lain.Hati-hati dengan dua 'penyakit' dalaman ini kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.
KENAPA ORANG BERJAYA TU PEMILIH ORANGNYA
Orang-orang berjaya sebenarnya adalah orang pemilih. Mereka jadi pemilih
sebab mereka menjaga tahap motivasi mereka. Mereka menjaga kepositifan minda
mereka. Orang-orang berjaya memilih dengan siapa mereka bergaul, dengan siapa
mereka berkawan, makanan mereka, pakaian, kereta dan suasana tempat tinggal
mereka.
Bila kita tekad mahu menjadi orang
berjaya, kita kena banyak berkawan dengan orang yang mentalnya diset ke arah kejayaan
sama macam kita supaya semangat kita tak pudar dari semasa ka semasa. Kita akan
jadi orang pemilih, sebab kita nak jaga motivasi kita. Jika orang yang mahu
berjaya berkepit dengan orang yang tidak mahu berjaya, alamat tak bermotivasilah
jawapnya.
ERTI SYUKUR – RAMAI MENIDAKKAN
Syukur adalah satu perbuatan yang cukup
simple. Tapi ramai dari kita yang tidak melakukannya. Manusia, memang mudah
lupa.
Akibat dari sikap kita sendiri yang
menidakkan sikap rajin bersyukur kerana menganggap ia sesuatu yang remeh, maka
kesannya hidup kita jauh dari kecemerlangan. Orang yang rajin bersyukur akan
mendapat dorongan untuk berjaya dalam hidup.
Apabila kita mahu mencapai
kecemerlangan, rajin-rajinkan diri bersyukur. Rajin-rajinkan diri berterima
kasih pada Tuhan juga pada sesame manusia, ibu dan bapa kita, kawan-kawan,
adik-beradik, cikgu kita hatt pada kekasih kita sendiri.
No comments:
Post a Comment