RPH MATEMATIK TAHUN 4 & REFLEKSI PENGAJARAN
Matapelajaran : Matematik
Tahun : 4 Bestari
Topik : Wang
Sub topic : Wang sehingga RM 10 000
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat:
1. Memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang
2. Mengguna dan mengaplikasi
pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian.
BBM : Contoh duit dalam sen dan ringgit,gambar duit dalam send an
ringgit, gambar harga
Barang, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada : murid mengenali dan tahu nilai duit.
Aktiviti :
Set induksi
1. Guru menyuruh murid-murid mengeluarkan duit belanja masing-masing dan menyebut nilai duit yang ditunjukkan.
2. Guru menyoal seorang murid tentang nilai duit yang ditunjukkan kepada
rakan-rakan sekelas.
3. Guru memberi peneranagan tentang nilai duit dalam send an ringgit
4. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini iaitu membaca dan menulis nilai
wang.
Langkah 1
1. Guru menunjukkan duit sebenar yang ada dalam pasaran dalam send an juga
ringgit.1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM 1, RM5, RM 10, RM 20, RM50, RM
100.
2. Guru menerangkan perbezaan warna setiap nilai wang
1 sen – perak
10 sen – perak
20 sen – emas
50 sen – emas
RM 1 – biru
RM 5 – hijau
RM 10 – merah
RM 20 – oren
RM 50 – hijau
RM 100 – ungu
Langkah 2
1. Guru menggunakan brosur harga barang-barang yang dikeluarkan dari
supermarket untuk ditunjukkan kepada murid-murid.
2. Guru menyuruh murid untuk meneliti setiap apa kandungan yang ada dalam
brosur tersebut.
3. Guru menyoal murid apakah yang
terdapat dalam brosur tersebut.
4. Murid-murid menjawab senarai harga barang-barang runcit.
5. Guru menyuruh murid menyebut satu persatu nilai harga barang tersebut.
6. Seterusnya guru menyuruh murid yang disebut namanya supaya memberitahu
kelas senarai harga barang dengan menyebut dalam ringgit dan sen.
Langkah 3
1. Berdasarkan nilai harga barang yang terdapat dalam brosur guru
menunjukkan cara bagaimana untuk membaca nilai wang.
Contoh : RM 25.90
Dibaca sebagai Dua puluh lima ringgit sembilan puluh
sen
2. Seterusnya murid-murid menyemak helaian buku teks tajuk wang hingga 10
000
3. Dengan bimbingan guru murid membaca nilai wang yang ada tertera pada
helaian buku teks.
4. Seorang murid dipilih untuk membaca nilai wang dalam angka dan juga
dalam perkataan.
5. Beberapa orang murid juga dipilih untuk membaca nilai-nilai wang yang
terdapat dalam helaian tersebut.
Langkah 4
Aktiviti berkumpulan
1. Murid diberi helaian kertas kosong dan diminta untuk menulis sebanyak
lima nilai wang dalam bentuk angka dan juga perkataan.
2. Setiap murid dalam kumpulan perlu untuk menyumbangkan setiap nilai wang
dalam bentuk angka dan juga perkataan.
3. Dengan pemantauan guru, murid menulis nilai wang dan diminta menyebut
nilai tersebut dengan diperhati oleh rakan-rakan dalam kumpulan.
4. Guru memeriksa setiap kerja yang dilakukan oleh murid-murid dan
membetulkan kesilapan yang dibuat.
Penutup :
1. Guru bertanya secara kelas apakah yang dipelajari pada hari
ini..Murid-murid menjawab membaca nilai wang dalam angka dan juga dalam
perkataan.
2. Setiap wakil ahli kumpulan
menyebut nilai wang dalam bentuk angka dan perkataan.
Refleksi Pengajaran
1. Isu/perkara yang difokuskan
Pencapaian murid menguasai hasil pembelajaran.
Daripada maklum balas murid, saya
dapati mereka memberi respon yang agak memuaskan
terhadap soalan yang saya kemukakan pada awal pengajaran iaitu set induksi.Ini
menunjukkan saya telah merangsang minat murid dengan menghubungkaitkan
pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam keadaan bersedia untuk
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam
menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat kerjasama dalam
perbincangan menyiapkan aktiviti dengan baik.Aktiviti yang saya rancangkan
telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran.
2. Analisis isu / perkara yang difokuskan
Kekuatan : Sesi pengajaran saya pada hari ini dapat
dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan murid dapat mengikuti aktiviti
pengajaran dengan penuh disiplin.Saya banyak menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajatran yang berpusatkan murid semasa menerangkan contoh dan
memanggil nama murid untuk mencuba menjawab soalan yang dikemukakan.Penglibatan
murid dari awal hingga akhir sesi pengajaran adalah aktif dan mereka semua amat
berminat.
Kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan
dalam fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana langkah pengajaran
yang telah dirancang.Penutup yang dibuat adalah amat mengecewakan disebabkan
kesuntukkan masa. Sesi pengajaran kurang melibatkan murid dan banyak kearah
berpusatkan guru.Aktiviti yang dijalankan kurang menarik dan penggunaan bahan
bantu mengajar semasa aktiviti berkumpulan perlu diberi penambahbaikkan.
Walaupun begitu semasa sesi pengenalan bahan yang digunakan dapat menarik
perhatian murid.
3. Cadangan penambahbaikkan
Pada pengajaran yang akan datang saya akan menyediakan
aktiviti yang lebih menarik menggunakan bahan-bahan yang lebih menarik lagi.
Saya juga akan menggunakan kemudahan IT yang terdapat disekolah.Contohnya
membuat persembahan multimedia menggunakan power point yang menarik penuh
dengan pelbagai contoh-contoh menarik. Juga akan menggalakkan murid untuk
mencuba dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan sentuhan jari
masing-masing.Barulah pengajaran dan juga pembelajaran akan menjadi lebih
menarik.Selain itu aktiviti yang lebih menarik seperti aktiviti seharian
seperti aktiviti jual beli juga akan menjadikan suasana pembelajaran lebih
menarik.Dengan ini saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif
pembelajaran
Kajian Tindakan Matematik Sekolah Rendah Tahun 4
Kajian Tindakan Matematik Sekolah Rendah Tahun 4
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
Murid-murid tahun 4 Bestari keseluruhannya agak sederhana dalam
menguasai pembelajaran semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas.Kebanyakan daripada
mereka agak kurang motivasi untuk belajar.Hanya sebahagian kecil sahaja yang
nampaknya ada minat dan potensi untuk maju dalam pelajaran matematik.Semasa
murid mempelajari topik-topik awal seperti nombor bulat, penambahan, penolakkan
proses pembelajaran agak memuaskan bahkan di dalam ujian sumatif yang
dijalankan pencapaian murid agak memuaskan.Akan tetapi bila masuk kepada tajuk
perpuluhan dan seterusnya tajuk wang, minat murid-murid menjadi kurang, malahan
banyak kerja rumah yang diberikan tidak siap.Murid menghadapi masalah dalam
membaca nilai wang.Malahan ujian ringkas yang diberikan didalam kelas
menunjukkan murid-murid masih lemah.Daripada ujian itu juga didapati murid-murid
tidak tahu membezakan nilai wang dan nilai sen.Malah tidak tahu menukarkan
nikai sen dalam bentuk RM.Contohnya 50 sen ditulis dalam nilai RM ialah
RM0.50.Dalam hal ini murid tidak mampu berbuat demikian.Murid-muird juga tidak
dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk ini.Ini membuatkan mereka
menjadi tidak berminat dan tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran. Bagi
para pelajar matematik dianggap matapelajaran yang sukar dan mengelirukan.Ini
menyebabkan saya berkeinginan untuk mengkaji permasalahan ini.Tajuk ini menjadi
tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
2.0 Fokus Kajian
Fokus kajian saya ialah untuk menyelesaikan
masalah pelajar saya yang gagal membaca nilai wang.Saya merasakan bahawa
penekanan dalam menyelesaikan masalah membaca nilai wang ini penting kerana ia
melibatkan kehidupan seharian dan merupakan sebahagian daripada proses penyelesaian matematik.Permasalahan
ini dipilih berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas berkenaan sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid ini sukar untuk
menentukan dan membaca nilai wang.Mereka
masih lagi keliru walaupun telah berkali-kali diberi contoh. Jawapan yang
diberikan sentiasa silap dan masih lagi berada dalam keadaan tidak yakin untuk
menjawap soalan.Antara contohnya ialah RM 23.00 disebut sebagai RM dua puluh
tiga ringgit. Mereka juga masih lagi tidak dapat membaca nilai wang yang
mempunyai nilai sen contohnya RM23.50.Murid-murid yang menghadapi masalah akan
menyebut RM dua puluh tiga ringgit titik lima puluh sen atau pun RM dua puluh
tiga ringgit perpuluhan lima puluh sen.Murid-murid teragak-agak untuk menjawab
dan apabila disoal semuanya diam membisu.Apabila keadaan ini terjadi maka
proses pengajaran dan pembelajaran akan jadi terganggu dan akan memerlukan
banyak masa untuk memberi pemulihan kepada murid-murid yang bermasalah ini.Jika
masalah ini tidak diatasi akan menyebabkan murid-murid kehilangan markah bagi
membaca nilai wang dalam perkataan dan juga untuk meneruskan pengajaran yang
keseterusnya.
3.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan
diharap murid-murid akan mencapai objektif berikut:
3.1 Objektif umum
Secara amnya, objektif kajian ini adalah
untuk meningkatkan peratus kelulusan Matematik Tahun 4 Bestari.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, melalui kajian ini murid
dapat
1. Membaca nilai wang yang mengandungi nilai ringgit dengan betul.
2. Murid dapat membaca nilai wang yang mengandungi nilai ringgit dan sen
dengan betul.
4.0 Methodologi Kajian
Methodologi yang digunakan ialah
4.1 Pemerhatian
Sikap murid-murid dilihat secara tidak
formal sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4.2 Soal selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada kepada
murid-murid dan diminta menjawab secara jujur.
4.3 Ujia Pra
Ujian Pra dijalankan sebelum aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk
menguji tahap pengetahuan sedia ada murid-murid.
4.4 Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan guru memberi pendekatan yang lebih senang untuk difahami oleh
murid-murid.
4.5 Ujian Pos
Ujian Pos dijalankan bagi melihat
keberkesanan kaedah yang dijalankan setelah guru memperkenalkan kaedah mudah
untuk membaca nilai wang.
5.0 Kumpulan Sasaran
Sasaran saya terdiri daripada 10 orang
murid dan 10 orang murid perempuan dari Kelas 4 Bestari. Murid-murid ini dalam
kalangan murid-murid sederhana dan lemah.
6.0 Pelaksanaan Tindakan
6.1 Tinjauan Masalah
Saya telah menggunakan beberapa kaedah
untuk mengumpul maklumat.Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat
berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan soal selidik.
6.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Separuh daripada kelas tidak memberi
perhatian semasa guru sedang mengajar.Ada yang suka bercakap dan ini menganggu
kawan yang ingin belajar.Sebelum kajian dijalankan murid-murid kurang memberi
respon kepada soalan-soalan yang diajukan dan ada juga yang memberi jawapan
sambil lewa, rasa takut untuk mencuba dan ada yang diam membisu daripada awal
pengajaran hingga ke akhir pengajaran.
Murid-murid memerlukan pendekatan yang
lebih nyata untuk mengaitkan kegunaan ilmu yang dipelajari dalam situasi
sebenar.
6.1.2 Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran
untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan dan tahap penguasaan mereka berkenaan
dengan menulis nilai wang yang diberi.Ujian ini mengandungi 12 soalan perlu
dijawab dalam masa 30 minit.
6.1.3 Soal Selidik
Saya juga telah mengedarkan borang soal
selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid ini tidak menguasai kemahiran
yang diberi.Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak menjawap soalan pra dengan
betul.
Daripada soal selidik yang dijalankan, saya
mendapati 60% daripada murid-murid meminati matapelajaran matematik, 8% tidak
pasti, 32% tidak meminati matapelajaran matematik.Soal selidik juga mendapati
faktor yang mempengaruhi seseorang murid berminat untuk belajar dipengaruhi
oleh diri sendiri,keluarga, rakan-rakan, guru dan faktor sekeliling.
6.2 Analisis tinjauan masalah
6.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian, murid-murid yang
lemah ini tidak berminat untuk belajar, tidak kira subjek matematik atau pun
subjek lain. Malah ada murid-murid yang malas masuk ke dalam kelas dan tidak
mempunyai motivasi untuk belajar.Sikap mereka ini yang menyebabkan mereka tidak
dapat menguasai kemahiran yang diajar.
6.2.2 Hasil dapatan daripada ujian pra, kekerapan menjawap dengan betul
soalan-soalan yang diberikan dapat
dikelaskan seperti berikut:
Jadual 1 : Keputusan Pencapaian Ujian Pra
Skala kekerapan
|
Bil
|
%
|
Betul semua
|
1
|
5
|
Betul 10 - 11
|
3
|
15
|
Betul 8 - 9
|
5
|
25
|
Betul 6 – 7
|
4
|
20
|
Betul 4 – 5
|
3
|
15
|
Betul 2 – 3
|
3
|
15
|
Betul 1
|
1
|
5
|
Salah semua
|
0
|
0
|
Jumlah
|
20
|
100
|
Jadual 1 menunjukkan 7 orang murid masih
tidak dapat menguasai kemahiran dengan mendapat skor 1-5 dalam ujian pra yang
dijalankan.
6.2.3 Analisis soal selidik
Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid
sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawap soalan ujian
pra dengan betul.
6.3 Tindakan yang dijalankan
6.3.1 Latih tubi yang berterusan dengan penyoalan secara spontan sewaktu
Pengajaran dan pembelajaran bermula
6.3.2 Kaedah membaca kad nilai wang dalam kumpulan dan juga aktiviti jual
beli.
6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 – Latih ubi yang berterusan
Dalam aktiviti ini murid diberi soalan
secara spontan dan dikehendaki menjawab secara spontan.Soalan yang di ajukan
adalah mudah.Didapati murid ini mempunyai keyakinan untuk menjawap soalan.
6.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 – Kaedah membaca kad nilai wang dalam kumpulan dan aktiviti jual
beli.
Kaedah membaca kad nilai wang
Dalam aktiviti ini setiap orang murid dalam kumpulan
dikehendaki membaca kad nilai wang yang mudah dihadapan kawan-kawan dalam
kumpulan selepas itu murid akan dipilih secara rawak oleh guru untuk membaca
kad yang berada ditangannya.Seterusnya murid akan berbincang didalam kumpulan
macam mana untuk membaca kad yang mempunyai nilai ringgit dan juga sen.Murid
juga dikehendaki untuk menulis nilai wang tersebut di belakang kad nombor
tersebut.Sekali lagi guru akan memilih wakil dari setiap kumpulan untuk
menyebut nilai wang tersebut dan menulis dipapan tulis.
Kaedah jual beli ini dilakukan adalah bertujuan untuk
membuka minda murid dan memberi keyakinan bagaimana untuk membaca nilai wang
yang melibatkan ringgit dan sen.Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan maujud
yang boleh didapati di dalam kelas.Daripada aktiviti ini murid-murid dapat
menyatakan nilai wang dalam ringgit dan sen dengan lebih tepat.Murid-murid juga
merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan.
Refleksi
Kedua-dua aktiviti ini amat berkesan di mana
murid-murid boleh menguasai kemahiran yang dipelajari secara perlahan dan
berperingkat.Ini dapat dilihat apabila murid-murid mula ingin mencuba dan yakin
dengan jawapan mereka.
6.5 Reflaksi Kajian
Saya
berasa puas hati kerana terdapat perubahan pada murid-murid yang disasarkan,
bukan sahaja perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan kemahiran malah dari
segi tingkah laku murid berkenaan.Tindakan yang dilaksanakan sungguh berkesan
dalam mengatasi masalah kajian.Hasil
kajian menunjukkan perubahan kepada murid tinggi nilainya.
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA
|
UJIAN POS
|
||||
SKALA
|
BIL
|
%
|
SKALA
|
BIL
|
%
|
Betul semua
|
1
|
5
|
Betul semua
|
6
|
30
|
Betul 10-11
|
3
|
15
|
Betul 10-11
|
8
|
40
|
Betul 8-9
|
5
|
25
|
Betul 8-9
|
4
|
20
|
Betul 6-7
|
4
|
20
|
Betul 6-7
|
2
|
10
|
Betul 4-5
|
3
|
15
|
Betul 4-5
|
0
|
0
|
Betul 2-3
|
3
|
15
|
Betul 2-3
|
0
|
0
|
Betul 1
|
1
|
5
|
Betul 1
|
0
|
0
|
Salah semua
|
0
|
0
|
Salah semua
|
0
|
0
|
Jumlah
|
20
|
100
|
Jumlah
|
20
|
100
|
Berdasarkan jadual diatas, saya dapati
murid sasaran pada awalnya tidak tahu membaca dan menulis nilai wang dengan
betul akhirnya telah dapat membaca dan menulis dengan lancar.Ini dapat dilihat
dalam Ujian Pos, 6 orang telah menjawab dengan betul kesemua soalan.Cuma
terdapat 2 orang pelajar atau 10% masih pada tahap minima.Walau bagaimanapun,
keseluruhan pencapaian pelajar meningkat.
Daripada kajian yang dijalankan dapat
dirumuskan bahawa ianya telah menunjukkan keberkesanan.Kaedah ini membantu
murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran membaca nilai wang.
7.0 Cadangan kajian seterusnya
Saya bercadang untuk meneruskan kaedah ini
terutama apabila mengajar murid yang sederhana dan lemah dalam pelajaran.Saya
amat berharap murid-murid yang tahap penguasaan dalam pelajarannya lemah dapat
meningkatkan penguasaan mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam akedemik.
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya
adalah seperti berikut :
a) Kaedah ini akan dikembangkan kepada kelas lain.
b) Kaedah atau teknik ini haruslah digunakan apabila memasuki tajuk wang.
c) Guru sentiasa melatih murid menggunakan kaedah ini agar tahap kecekapan
murid dapat dipertingkatkan.
d) Murid-murid perlu diberi latih tubi untuk membantu mereka mengingat
dengan baik.
Hasil dari kajian yang dijalankan, saya dapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan
pembelajaran murid.Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. produktif dan berkesan.
No comments:
Post a Comment